Mesyuarat delegasi Malaysia-China Ibrahim & Sons Engineering Sdn Bhd bersama Shandong Chuangzi Information Technology Co. Ltd.
IBSE Jalinkan Kerjasama Strategik dengan Shandong Chuangzi Information Technology Co. Ltd., China
04 Mei 2025 | China – Ibrahim & Sons Engineering Sdn Bhd (IBSE) telah mengadakan mesyuarat delegasi bersama Shandong Chuangzi Information Technology Co. Ltd. bagi membincangkan kerjasama strategik antara Malaysia dan China dalam pelaksanaan projek-projek Horizontal Directional Drilling (HDD).
Mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat Shandong Chuangzi di China ini menumpukan kepada perancangan pelaksanaan projek, perkongsian teknologi HDD, serta potensi kerjasama jangka panjang dalam pembangunan infrastruktur tenaga dan utiliti.
Delegasi IBSE turut mengadakan lawatan teknikal ke kilang paip Shandong Chuangzi bagi menilai proses pembuatan, kawalan kualiti, dan inovasi dalam penyediaan paip untuk projek HDD.
Kerjasama ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China, di samping membuka peluang kepada IBSE untuk memperluas keupayaan teknikal dan penggunaan teknologi moden dalam industri HDD di Malaysia.








